Wednesday, October 27, 2010

idea baru

assalamualaikum.
skg fattah dalam proses menghasilkan sebuah cerita CINTA dan SAYANG.
dlm proses tu juga , banyak yg telah dipelajari.
seolah2 dulu buta. ada depan mata tp tak nampak.
wahh~ fattah juga dapat ilham baru untuk menulis blog dengan gaya baru.
TIADA LAGI KESEDIHAN. gembira je selalu.
ewahh~ ewahh ~
kalau merapu tu maaf2 kan lah. bukan apa. lawak tak menjadi.
sekarang ni update blog mcm acuh tak acuh je kan.
takpe2 , mungkin sibuk dengan penulisan CINTA dan SAYANG.
nanti fattah akan focus kat BLOG.
cerita2 yang dikarang fattah pun fattah akan post di blog ni.
apa2 pun baca ya CINTA dan SAYANG sampai kisah yang terakhir.
asslamualaikum. sihat2 semua

Thursday, October 21, 2010

setelah 1 bulan

assalamualaikum. bukan nye pregnant ! HAHA. dah lame tak update blog. berzaman dahh. alhamdulillah fattah telah pun selamat menduduki PMR 2010. syukur alhamdulillah. insyaAllah mari sama2 kita doakan kepada semua calon PMR 2010 mendapat keputusan yang cemerlang. walaupun skg ni tak berape busy tp ntahlah. susah nak cakap. banyak sebenarnya cerita ingin dikongsi tapi bila memikirkan apa feedback org. tak payah lah kan ? waa~ kawan2 semua ajak kuar. lebih lima jemputan tapi satu pun fattah tak terima. maaflah kalian. tiada niat pon. nnt ada masa kita luangkan masa bersama. nanti la. fattah berbicara hangat. post kali ini hanya untuk orang cakap fattah masih menulis blog walaupunnnn~ HEHE. sampai ketemu lagi ya. assalamualaikum kepada semua umat muslim.

Tuesday, August 31, 2010

hula

assalamualaikum. sehad2 je semuanya kan ? insyaAllah. dah lame tak cantas lalang kat blog ni. hehe. biarlah die panjang. nampak lah hijau sikit. sekarang ni tak tahu lah nak ckp mcm mne. tp mud oke sentiase. HAHA. raye ? dah dekat dahh.. mggu depan je. haish. dah beli baju raya? sy dah beli. tp baju melayu takde. kesian. sponsor lah ! dah abes dah duet ni. trial pmr ? alhamdulillah syukur. buat mase skg 2A2B. sains gile bapak susah. tp dpt B alhamdulillah. syukur sgt. khb 78 ! cikgu bagilah A. 2% je lagi kan.. tp tkpe lah. tak kesah. nnt byk2 A. pmr siket2 A ? kecewa sudaa. nak ckp aku merindui seseorang. atau duetige orang tak lah sgt. skg ni aku dgn dunia aku. takde sape boleh kacau. and jgn haraplah aku nak baek sgt ! haha. kembali jahadd! kejammm ! zalim ! korg. jom lah kite jalan raye same2. HEHE. the hotter among the hottest. wahh ! bg's and kg's 313LIKE manakala vouge 131LIKE. best due2 nombor ni. hehe. syukur. menang jugak page aku tu kan. tp terima kasih atas berkat pertolongan kawan2 yg mempromosi page tu. kalah.LOSER page vouge. tp tkpe cube next time. fattah tak kesah menang atau kalah. sbb bukan ape2 pon. sedang memproses bdeo utk ucapan hari raya. insyaAllah siap sblom raye ni. doa2kan lah ye. mungkin sampai sini je kite berceloteh. tak moh panjang. nnt korg mule lah muak pulak. nnt ade cite hot fattah crite lg. Assalamualaikum..

Sunday, August 15, 2010

propaganda.

eh , assalamualaikum ? macam mane puase ? adakah baik2 saje? HAHA. tahun ni alhamdulillah. full of energy. bertenaga sentiase. HAHA. nak tahu ape rahsia die ? diri ni pon tak tahu-tahu mengapa. adakah anda seorang yang propaganda ? HAHA. itu anda saja yang mampu menjawab berdasarkan penyelidikan rakan-rakan anda. wahhh. dah jd experiment pulak. arini eyda bagi tahu die bt blog. fuhhh ! ini yang kene tgok ni. ade org ckp blog ni adalah untuk sumpahan dan kutukan? betul ke? cehhh. padahal semua tu korg ckp kat aku kan? kununn~ aku ni laser lah ? kutuk2 no 1 ? well , ikotlah ape yg korg nak ckp. then , aku ckp bdak klas 3 **** bodoh ? choi ? betul ke ? mungkin ya mungkin tidak. tp niat aku mmg tkde. salah faham. mgkin hari tu ade lah ckp low class. itu gurauan. bkn sindiran. tdk membawa maksud yg mendalam. korg jgn amek hati. eyda slamat dtg ke dunia blogger. same2 la kite mengaticve kan diri. same2 belajar okey. trial PMR 23/08/2010 ni. ayah anda ! mmg gasak lah.. stdy2. ape2 pon slamat berpuase. jgn ponteng puasa disebabkan nafsu tu ye ? DOSAA ! nak pasang pelita tp mane minyak gas ? nak beli mane. pelita dah ade RM1.99 je. HAHA save budget. occay :D sampai ketemu lagi kita. wassalam

Wednesday, August 11, 2010

Bulan Ramadhan 2010M 1431H


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini kita berjumpa lagi dengan bulan yang paling dinanti2kan. Semoga puasa tahun ni adalah lebih baiok daripada tahun2 sebelumnya. Beruntung siapa yang dapat "malam lailatulqadar". Puasa tahun ni bermula pada hari Rabu 11/ogos/2010. Apa yang istimewa tahun ni ialah Trial PMR pada bulan puasa. Memandangkan itu belajarlah rajin :) Tahun ni takde mercun nak maen. Wahhh~ mane semua mercun ni? mungkin tahun ni nak pasang pelita. konon2 nak buat sendiri guna buluh. katenye nak buat tradisional. tapi. HAHA. beli je kat tunas manja. HAHA RM1.95 murah je. tak sampai RM2. pasanglah sebanyak2 yang mungkin. Erm , setiap kali raya mesti semua barukan? baju baru , langsir baru , semua barulah. banyak sgt nak disenaraikan. Apa yang best asal bulan ramadhan je , mesti ade banyak kurma. Mcm2 brand. HAHA. CAP AYAM takde eh ! erm , elok lah bulan ni kita banyak2 bersedekah bukan sahaja melalui harta pendapatan tapi dengan lidah , hati , sendi2 ni. sama2 lah kita buat banyak2 amal ibadah. HAHA. teringin nak makan puding raja lah ? tkde sape ke nak beli ? atau belanje. HEHE. tak malu betollah. wahh. skolah pulak balik awal 20 minit daripada biar (luar biasa). best! balek awal. pastu time waktu rehat td. mcm2 lah ktorg bt memandangkan tkde keje. TAK SEDAR DIRI tahun ni nak PMR. mcm2 aksi kami buat. Kalau lemah iman tu?? huhhh.. sah2lah makrih , batal puasa die. kurang pahala. HAHA <>

Saturday, August 7, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu.

Alhamdulillah syukur sangat. Pagi ni meredakan segalanya. Kini aku dah okay. Yey ! tak perlulah nak sedih lagi. Ni ramadan semakin menghampiri. Insyaallah rabu ni. Suka sangat time puasa sbb semua orang akan berkumpul makan satu meja. HAHA. bulan-bulan lain susah nak dapat berkumpul bersama-sama. Tapi kan shopping baju raye belom lagi. HUHU. sponsor? mane kamu ye. fattah tunggu je ni. HAHA. Tiba-tibakan rasa. kawan-kawan , sahabat , teman berada disisi. tapi tak ponn ? bayangan je. HEHE wahh ! imagination. kuat berangan. SYUKUR sangat hari suatu hari yang tenang. bulan ogos bukan sahaja bulan umat muslim berpuasa tapi bulan untuk rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53. tahun 2010 2 in 1. ramadhan + merdeka = ? . Dan ape2 yang lepas membuat fattah sedih fattah takkan kenang lgi. kepada sesiapa yang terasa dgn fattah tu. maaf2kan lah ye. mungkin sengaje dan tak sengaje. kalau orang tu dah pergi. biarlah pergi dgn tenang. isnin ni ? dasyattt. bukan ape nak kena jadi mentor math untuk kelas azam(3) dan ehsan(4) GROUP 1st. kamil dan mukmin GROUP 2. untuk tak moh amek risiko lah kann. mungkin amek GROUP 1 kalau tak. sah2. kelas kamil dgn mukmin bt masalah. tp ape2 pun redha dengan ape yang akan berlaku. niat sy ikhlas. untuk mencurah ilmu kpd kalian tp haraplah kalian beri kerjasama dan komitmen sepenuhnya.
dan kepada insan diluar sana yang mengenali fattah tak kira anda lelaki atau perempuan , sehat atau sakit. hah ! kpd sakit tu makan2 lah ubat ye. pergi jumpe doktor bukan ape, takot nnt melarat susah pule. insyaallah cepat sembuh. kawan2 tak kire di SHAKS , SMKB , SKBALOK. dan yg sudah pindah kat skolah laen pon. same je. kann...kann ? HEHE. salam sayang daripada ABDUL FATTAH. lots of LOVE

KHAS buat SEMUA tertutama KAWAN2 TEMAN2 SAHABAT2 tak kirelah ape anda ;
http://www.youtube.com/watch?v=cB2e82mM910
kau selalu adaa.
terima kasih. terima kasih. terima kasih.
amat berterima kasih dengan kalian semua.
mungkin tanpa kalian fattah tak ada.

kacau lara

assalamualaikum.
mungkin dah lame kan fattah tak bercerite. banyak sgt cerita tp itulah kan. masa tak pernah nak ada. huhhhhh. sgt2 sedeh. knp lah ini semua terjadi? aku mmg sgt sedeh yang tak boleh digambarkan melalui kata-kata. banyak halangan yang perlu fattah tempuhi. pmr semakin dekat. kelmarin jwb soalan soal selidik khb pertanian sangat2 menakutkan. lelap mata hampir2 pengsan dan tangan menggeletar. tp mujur tkde ape2. air mineral 500ml tu minum semua bagi meredakan segalanya. kemek? lupakan sajalah. ini lagi sedeh. fattah tak boleh berkata apa-apa. buat masa sekarang mungkin banyak hati perlu dijaga. tapi mampukah? insyaallah akan cuba dan terus cuba. bukan untuk di benci tapi fattah terlalu menyayangi. kenapa tak terus terang yang busy? tapi takpelahh.. semua dah terjadi. nanti ade masa sy cerite lg. pada masa akan hadapan.

Friday, July 23, 2010

taraaaa..

assalamualaikum.
wah rindunye. akhirnye dpt jugak la mengepost. wah? knp lame tak mengepost?
jwpn die. lupe password la anda. HAHA. perasaan yg gembire ni sbbnye. ijie tu online. lame pulak tk chat dgn die. byk bnde terjadi selama diri ini tidak menulis. hah ! smlm akhirnye linda putus jgak dgn ex-bf die. HAHA. eh , knp gelak besar plak ni? ade chance nk ngurat ke? TETTT!!! salah. sbbnye dh lame request kat linda soh putus dgn pakwe die tuh. akhirnye ! erm , PMR makin dekat. aduhai. tak thu nak ckp ape lg. nnt sy post lg ye. entry seterusnya. nak pergi bakar ikan. nak buat percik ! ahaks! jgn jelessss

Tuesday, June 15, 2010

nama baru blog

sudah malas mahu cerita ,
tiada semangat lagi ?
menyerah kalahh..urmm , no answer
tapi nak tukar la nama blog

"ceritera hidupku"

ape yang anda rasa sesuai nama blog baru sy ?

kisah kita ?

ada cadangan ????

Saturday, June 12, 2010

GAMBAR2 , nnt edit lg nk cepat

jahat , pak cik die buli..

kaki fattah dan intan keb...tukar2 sliperr

kecewa , nak jgak mungerrr..

pemandangan diwaktu pagi , selepas penat jogging

TAK BETOL NI !

bila sy bosannn , sy akan bakar membakar

motif : saje2 , ini bekas air FATTAH sponsored by FARHAN

motif : saje2 , pencil case FATTAH sponsored by FATIMAH

sempat lagi haiqa tunjuk peace kat aku , HAHA aku pon snap sambil PEACEEE +)

posing habess arif neh..nak panggil FATTAH ! FATTAH !

azizul , HAHA sian kat budak ni , sikit2 aku buli dia. sampai berkudiss.. amek kau !

tengok ! kene buli lg.. HAHA

bosan , lps study utk mid year exam. OK tak ?

best ferengg.. FATTAH and ASYRAF , gelapp dah akuu..

sudut yg disukai. belakang kelass.. walauponnnn

jemput makan.. THANKS intan keb , snap this pic

beli-beli kain baju melayu . murah saja , HAHA nak pilih mane satu ni ?

gian , nak anak ! HAHA anakku

NINA , fattah , FARHAN , MAKkk

nak kunci pagar umah smpt lg posing HAHA tak sedar diri luka ade lg kat dahi

MOTIF : snap pic bermungerrrrr..

NAKAL ( motif: melucah ke ? salah snpa pic laa )

otw , beli bungeee...

SUDAH LAYU...

ROSES FOR TEACHER'S DAY

LADY BUG ( huhu , binatang ni la susah nk jmpe skng )

BELALANG ( motif : dah lame tak tonton belalang , rndu la.. HAHA )

Friday, June 11, 2010

ERGHH !

geram ! tk bleh upload entri pic saje sbbnye celcom maen2 dgn sy. TUNGGGUUUU! wifi elok laa balekk... seperti sedia kala , sy tk brpe ske dgn celcocm broadband

benci pasangan 'couple'


kenapakah ?

bukannya aku tak ikhlas nak membantu setiap masalah yg korg ingin tanyakan.

tapi..kalau masalah couple ni , rase mcm sia-sia je nak bantu.

cukuplah kalian cinta di alam persekolahan amat memeritkan.

sampai sekarang aku sangat membenci pasangan couple yg skolah pon tak abes lg tp sebok nak bercinta-cinta tunggu la dulu. sabar itu lebih baek.

jujur aku katakan mmg kalau boleh aku nak bantu setiap masalah kat dalam dunia ni.

dalam kebanyakkan masalah yg aku sering bantu ialah "couple"

wahh ! walaupun bukan doktor love. tapi boleh la nak bantu serba sedikit.

masalahnya semua masalah couple ni remeh-temeh.

semuanya cemburu , aku syg dia tp dia layan aku mcm .... , aku tak curang tp dia tak percaya aku , aku ikhlas tp dia ckp tak , rindu kat dia tp dia tk nk bls msg , tak nak angkat call.

hey , please lah !

korang bljar tuh lebih penting , ni kalau gaduh mula la..tak dapat buat homeworks , tak dapat focus study , nak exam tp sbb gaduh sikit dah k.o tk bleh bace buku ? mengarottttt ! aku benci ni semua.

setelh fikir-fikir kembali mesti ada orang akan cakap-cakap , fattah tolong aku dulu mesti tak ikhlas. TAK ! jangan sangka buruk macam tu. dulu ikhlas sekarang tak lagi. tak mencabar dalam bidang kepakaran aku lansung laa , kalau masalah cintan-cintun ni. tak kuasa nak dengar dah !

MAAF andai kalau ada yang terasa. MAAF banyak-banyak. MAAF yang tak terhingga-hingga. IKHLAS saya membantu anda.

Wednesday, June 9, 2010

Dendam , Musuh

Bismillahhirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Apa kata anda?
Dendam , Musuh

Adakah ini semua disebabkan cinta?
dendam ? cukuplah kita sebagai insan biasa hilangkan sifat dendam yang akhirnya akan membawa pada. dendam berpunca daripada pelbagai masalah atau keadaan yang memaksa. mungkin anda tidak tahu saya sendiri juga merupakan seorang yang pendendam. jangan risau sebagaimana saya katakan sifat ini telah pun saya kuburkan. tapi kisah kali ini , sy ingin kaitkan dendam dengan percintaan.

Apa anda tahu tentang CINTA ?
cinta mempunyai pelbagai definisi yang tersendiri . ia merupakan satu jawapan yang subjektif. yang berbeza mengikut perspektif masing-masing.

Dendam ,
akibat kita bercinta , pasti dendam akan mendatang. kenapa ? ini disebabkan oleh dengki . sudah kelihatan dendam adalah datangnya daripda hasad dengki ? bukan kita minta sebegini namun perasaan ini lahir untuk setiap insan. dalam cinta sering pasangan kekasih dengki atau sering dibicarakan cemburu. satu kebohongan dalam sebuah perhubungan tiada sifat cemburu. jadi apa yang dapat disimpulkan ialah cinta banyak membawa padah sekiranya kita dapat memnerimanya terutama bagi seorang pelajar contohnya pelajar sekolah menengah yang masih dalam proses mengenali erti dunia.

Musuh ,
apa gunanya jika kita saling bermusuhan sedangkan kita semuanya adalah sama. kita semua bergantung harap saling berhubungan. jika terputus wayar elektrik maka tenaga tak boleh disambungkan , malah kita kesusahan. jadi setiap manusia janganlah sesekali bermusuhan. kenapa kita perlu buat sesuatu perkara yang tiada hasilnya ? pernah anda bertanya pada diri anda ? fikir-fikirkanlah..

( cerita ape neh ? aku pon tk tahu la..mengarot je , tak menjadi la plak. nak cerita bnde laen dpt bnde laen , tp ape2 pun . cerita ni mempunyai pengajaran yg tersendiri . tauladan kepada kita malah diri sendiri juga )

Tuesday, June 8, 2010

Siapa Sangka ? Kenangan

Siapa Sangka ?

erm , assalamualaikum .

siapa dapat menjangka bahawa hidup sering berubah tanpa diduga.

ini kerana apa yg mengejutkan aku ialah aku mejumpai seorang yang dulunya adalah normal kini menjadi seorang yang mempunyai masalah mental tidak kritikal. untuk pengetahuan semua , walaupun cita-cita ingin menjadi psikiatri belum tercapai tapi sedikit sebanyak telah pun aku pelajari . jadi pada pendapat aku , mengapa acik tu jadi macam tu adalah disebabkan tekanan. ntah mengapa beberapa hari ni aku selalu ditemukan dengan orang mempunyai masalah mental atau tekanan mental . termasuklah diri sendiri. HAHA apa yang telah aku lihat seorang acik cina yang berkeliaran di tepi jalan membawa anak patung , bagi aku acik ni rindukan anak dia . janganlah tanya dimanakah anaknya ? kerana saya tak tahu la aunty.. seterusnya , seorang pak cik berbangsa india kot. die membawa sesuatu ape ntah mcm kalkulator , n die akan berhenti ikot suke hati die je. pastu letak kat dinding. lps tu , pergi..pastu letak balek. kemudian , seorang lelaki melayu yang senyum2 , huh.. senyuman itu sedekah tapi ye la kan.. senyum je la anda asalkan jangan mengganggu orang lain sudah . itu pun dah memadai terima kasih. PALING UTAMA 1 Malaysia.
dan jangkaan aku seterusnya adalah abang ipar yg kedua . jgn tny mengapa ade sebab2nye.

Kenangan
mengimbas kembali kenangan2 aku kan best gak.
sbb aku ni gila2 orangnye , jd perbuatan aku pun turut menjadi ikutan kegilaan itu. HAHA


lakonan ?
teringat waktu berlakon di tingkatan 1 . aku geng ngan sape pon dah lupa la. waktu f1 maseh blurr. HAHA konsep drama , skrip semuenye aku laa buat. jgn lupa pelakon utama pon aku la.. HAHA gile kuase ! gile lagi . tapi minta maaf sbbnye aku menghayati watak aku jadi cikgu yg garang tiba2 fierce doggy menyerang dlm jiwe aku. amek kau ! aku tetolak kawan aku dgn kuat sgt. mmg waktu tuh semua org mcm "fattahhh !" ops ! tanpe disedari aku tampar kawan aku mcm tu je. "makkkkk !" ape kaitan mak ? sian kat die , sbb aku thu aku tampar kuat sgt. tolak plak mmg fuh...reverse mengejut. alhamdulillah, tkde la luka2 segala. aku mintak maaf balek. lepas tu aku punn menjadi pelakon kegemaran ramai. NGEEEE :)
nyanyian ?
haha , ujian plbs english with mrs.revathi . erm.. she ask me to sing ? HAHA , this cause im talk about my favourite tv programme then i said one of them is 'Malaysian Idol' which is won by Jaclyn Victor on the first season. All the classmate "fattah ! fattah ! singing plss..." wahh.. im so nervous . Actually most of students know that i like to sing , some like , some HATE :) noisy meh.. but did i care ? HAHA "fattah u have talent to sing very well if u take vocal class" "ur voice nice" "huh ? really guys , singing is just for fun" eh, tibe2 speaking ni ape kesah ? HAHA this happened when i was in form 2 ibnu abbas 2009. MISS YOU ALL ! because im not SHAKS and to meet with u guys only once a year , twice maybe.. HEHE
catwalk ?

HAHA yang ni lagilah , ade ke aku digelar seorang yang suke berjalan tetapi gaya seperti 'catwalk' . tapi kan mungkin betul kott ape yg digelar tuh.

KENANGAN PAHIT : jalan punyer la blagak. ini benar2 terjadi sewaktu darjah enam , atau lima tak pasti laa. hurm , sape la buang ais krim atas s.t.a.g.e huh , aku ni rabunnn GB , aku dengan bangganye dah jatuh . HAHA mujur takde orang kat situ . masuk skolah menengah , aku la paling catwalk skali. biar pon hancuussss !
handphone ?

ingat lagi melelehh air liur tgok org pakai phone, dulu2 kan fon tak canggih lagi . mase tu aku kenal fon dgn NOKIA 3310 , butterfly .... fuh , gerammm je tgok. tapi aku tak mampu beli . aku bljr mengenali hp(handphone) darjah 4 kot. erm, darjah 5 meleleh andaa , tgok shahril pakai fon ade camera , wah ! aku waktu tu tgok je. maseh tak mampu beli laa. tapi kan , lps tu aku dpt belii jgakss, hp yg betul2 milik aku . bukan PINJAM ok ! HUHUUU~ MOTOROLA L6 , baru je kuar model L6 ni. tapi tkde memory card la plaks. hadoyy , yg bestnyer, aku ngan zul slalu je jimat cermat dok bajet ke memory , maklummlah memory card tkde. pastuh , kawan aku mls nk sebut name die tapi kan die hilangkan memory 1gb aku . herghh ! then ,aku nak lagu tuh , tlg cari eak . mase tu internet tkde lg. jd mmg ssh nak dpt lagu la kan.

lagu nostalgia kami:
kitorg ni nk sgt lagu2 ni ;


  • tattoo - jordin sparks

  • unfaithful - rihanna

  • take a bow - rihanna
  • etc . etc

isnin lps dgr lagu tatto , zul pon ckp wah . tue dh kite eak ? HAHA lagu melayu ade , tapi faham2 la . melayu mudah lupa . HAHA . skrng pulak lepas L6 aku suke tukar fon , bkn ape . slalu je phone aku bt masalah. aku pakai hp mmg ganas2 belaka , ade aku kesah ke ? mmg kesah HEHE...duet yang konyol melayang aje. smpai skrng kan aku mmg ganas pakai fon bru je brpe bulan mcm2 dah hauk..haukkk. tp fon org aku guna tak ganas plaks. HAHA


antara phone yg pernah aku miliki :

2006 - MOTOROLA L6
2007 - GSM PHONE K915+
2008 - GSM PHONE K915 + , SAMSUNG SGH-M620
2009 - SAMSUNG SGH-M620
2010 - NOKIA 5730xm

( mcm menunjuk je , alar..phone murah je tk mmpu nk beli mahal )
banyak lagi kenangan . nnt saiya cerita sama anda ! :)



Masihkah ?

masihkah aku dipersalahkan? mungkin silapku terlanjur kata , aku menegur " wah mizi dah try nak ckp bahasa baku ? " dan "betul ke mizi ni couple ?" aku dikatakan memberi kutukan. terima kasih sbb mengajar aku untuk tidak pernah bersimpati kepada seseorang yg mmg jahat. selama ni kau panggil aku "bodoh , bangang , bengong , natang , binatang , babi " aku pernah kata tak kat kau selain nasihat ? aku lebih bersabar daripada kau mizi , aku hormat kat semua orang. rugi aku bagi skop exam kat kau. semua org aku pegi tny , perlu tak aku bagi skop tu kat kau. tapi semua org ckp tk payah. tp aku kesian , aku nak setiap kawan aku berjaya tapi ni balasan yang aku dapat. aku ingat kau mizi , saat kau perlu tunjuk ajar aku , aku tolong . setiap ajaran apa yg aku ajar aku halal kan tapi kau fikir2 lah , bila perlu kau cari orang tu. bila senang kau lupakan segalanya. tak cukup 2 kali kau kene tumbuk ngan geng2 bdak klas blkng sbb kan mulut kau ? sejahat mulut mizi aku tk pernah kena mcm tu. ayah kau bru meninggal tahun ni tp lansung kau tak berubah. bukan aku sorg yg ckp , kau jgak kurang ajar kat ckgu wardin . air muka cikgu slalu berubah. walau mcm mne pun die ttp cikgu kte. aku tahu aku bkn sempurna , aku bukan baik tp aku hormat semua org. tp aku mengaku sbb silap tegur kau. dan rugi sgt utk aku sbb approve kau kat fb. menyesal aku delete kau untuk hapuskan segalanya dan aku takkan pernah amek tahu hal kau pun lps ni. jgn harap ape2 balasan yg aku akan beri. aku maafkan kau. tapi kau ingat la..

Sunday, June 6, 2010

bisikan halusinasi hati

assalamualaikum ?
pernahkah terlintas difikiran kalian:

hujan tiada lagi membasahi bumi ,
matahari tiada lagi terbit di atas sana ,
air laut tiada lagi berombak ,
orang yang disayangi tiada lagi disisi ?

inspirasi kita datang daripada sesuatu apa sahaja yang membuat deria kita tersentuh , bunga tak mekar selagi ada makanan , manusia takkan bahagia andainya tiada orang menyayangi dan disayangi , siapa sangka perkara kecil menjadi besar , mata pun terpadam menutupi cahaya , merayu untuk terbang lantas melayang. pagi tak selalunya cerah , kerna hari ni ia gelap , bumi pun menangisi aku , semuanya telah disesali , adakah masih ada sinar harapan ? semudah dan sesenang itukah untuk dimaafkan . mungkinkah tidak ? semuanya menjadi satu soalan yang menunggu jawapan . setiap detikku berdoa merintih kebahgiaan .

dengarlah lagu "bisakah" Dato' Siti Nurhaliza yang tiba-tiba sejenak lalu difikiran aku . terus download lagu ni kelmarin . rupa-rupanya ada satu maksud , terima kasih .

daku terasa ingin membawa
cinta yang lara ke titik mula
kembali mencuba untuk kali kedua
menggilap gerhana cinta
pernah ku terasa ingin merayu
pada kasih dulu pulang padaku
lupakan dosaku putihkan kelabu
tenangkan amarahmu
namun ?
bisakah yang terpadam dinyala
bisakah yang terhina dicinta
walaupun himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbu
naluri memeinta kuungkapkan kata
seindah bahasa janjikan setia
akan bersemilah cinta dihatinya
percayaku semula
namun ?
bisakah yang benci disayangi
bisakah yang dusta dimaafi
walauku himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbu
bila senduku berlinang sayu
dalam rindu ku tertanya
bisakah yang benci disayangi
bisakah hatiku difahami
walauku himpunkan sesalku
bisakah terbuka kalbuu...


Saturday, June 5, 2010

school holiday.


fuhh ! hehe
assalamualaikum ?
terlintas di akal ku ? "adakah aku blogging disebabkan tertarik dgn satu blog itu? "
tapi takpe la , ape2 je.
ini dah masuk hari kedua cuti sekolah . pelik biasenye kan aku lah org yg menunggu cuti.
tapi skrng kan , aku asyik fikirkan skolah. walhal cuti ni. HAHA
cuti2 ni tak tahu nak g mane ? ade cadangan..
sedeh tinggalkan kawan . nak gile-gile ngan dorg. nak gelak2
huhu.
ape yg aku ingin cakapkan adalah doakanlah aku untuk terus lari dari segala masalah.
kuingatkan sudah hapus segalanya tapi masih aja datang menjelma.
tapi dont worry i'll always try harder to run from this sin.
AMIN
ni la pic nak gi skola , sbnrnye ngantok tp snap la sblm rndu nak pakai uniform 2 mggu tk pakai nnt.
korg ? ermmm.. tkde ape lah .
see u la , sbnrnye byk nak cite tp ye la kan kan.
see u soon . LOTS OF LOVE (fattah)

Monday, May 31, 2010


assalamualaikum?

sehat je semua kan..HEHE

mmg lame sgt tk update blog sebab ape? sbbnye..tak ingat la email ngan password puas mencari akhirnya ketemu jua pada 31/05/10

waa ! kejap je mase berlalu esok dah bulai JUN. PMR makin dekat.

adoi hari ni stat dah mid year exam. paper malaysia ngan sejarah..gempak la jgak.

erm..terbace dengan secara tidak sengaja sebuah blog oleh KERDILDESA ( http://www.kerdildesa.blogspot.com/ )

blog die happening. cool. tak terkata la mmg best kalau ade mase jenguk2 la jgak blog die. tak salah kan teman-teman?

HEHE


doakan la dapat result cemerlang tak 8A, 5A keatas pon dah cukop.

!AMIN!

Friday, February 26, 2010

Sebermula...

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya kembali menulis blog yang baru.. Saya bukanlah seorang penulis atau sasterawan yang handal tapi saya suka menulis berkaitan kehidupan saya yang banyak mengajar apa itu kegembiraan? kesedihan? kawan?
keluarga? liku-liku kehidupan yang saya hadapi yang perlu saya membuat satu keputusan yang kadang-kala memeritkan tapi saya kenalah tabah melewati semua ini.. Jadi hari ini 27/02/2010 terciptalah sebuah blog yang saya akan kendalikan.. Insyaallah sy akan teruskan menulis sehingga yang mampu.. Saya suka mengarang sajak, puisi, cerpen, dan diari..Inilah yang saya akan berkongsi dengan kalian..Harap kalian dapat memberi sebarang idea..kritikan..dorongan..nasihat..dan teguran kerana saya bukan lah seorang insan yang sempurna..